Showing posts with label 01.Pengenalan. Show all posts
Showing posts with label 01.Pengenalan. Show all posts

LANTIKAN

SURAT PERJANJIAN

Antara

KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID,

Dan

AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG0203489-H)

Untuk

PERLANTIKAN SEBAGAI SYARIKAT LANTIKAN KELAB USAHAWAN DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

PERLANTIKAN SEBAGAI SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN URUSNIAGA YANG BERKAITAN KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

SURAT PERJANJIAN ini adalah dibuat dan dipersetujui antara KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID (di sini disebut sebagai Kelab) dan AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG0202489-H) (di sini disebut sebagai Syarikat)

TERMA DAN SYARAT PERLANTIKAN

Sebagaimana dinyatakan Kelab ingin melantik sebuah syarikat untuk mengendalikan segala urusniaga bagi pihak Kelab dengan pelanggan dan vendor dilantik kelab, kelab telah bersetuju melantik syarikat menurut terma-terma berikut:

i. Sekurang-kurangnya 90% dari pemegang saham syarikat hendaklah terdiri dari ahli Kelab.

ii. Syarikat dilantik betanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan segala urusniaga dan transaksi yang bersifat penjanaan ekonomi yang melibatkan kelab.

iii. Segala urusniaga dan transaksi adalah tertakluk dan menurut pada perjanjian yang telah dipersetujui antara Kelab dengan mana-mana pelanggan dan vendor Kelab.

iv. Syarikat akan beroperasi selaku pemborong dan pemasar kepada mana-mana syarikat induk yang akan ditubuhkan oleh ahli kelab bagi menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing, samada untuk persendirian atau peserta anak angkat.

v. Syarikat akan bertindak sebagai syarikat induk atau payung dan bertanggungjawab memantau syarikat yang akan diwujudkan oleh mana-mana ahli kelab yang melibatkan aktiviti kelab.

vi. Segala perbelanjaan pengurusan urusniaga adalah dibawah tanggungan Syarikat.

vii. Syarikat hendaklah melantik sebuah Bank Pengurus untuk segala urusan transaksi antara syarikat dan kelab, antara syarikat dengan pelangan dan vendor yang dilantik kelab.

viii. Syarikat bertanggungjawab penuh atas segala urusan dokumentasi dan urusan mematuhi dan memenuhi segala syarat pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa pelanggan.

ix. Syarikat bertanggungjawab membentangkan laporan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (anggaran) pada Kelab pada setiap 1hb. setiap awal bulan atau pada hari Isnin pertama setiap awal bulan.

x. Syarikat bersetuju menyumbangkan 40% dari keuntungan selepas cukai Syarikat kepada Kelab setelah pembentangan akaun keuntungan diluluskan.

xi. SURAT PERJANJIAN dan PERLANTIKAN ini akan berkuatkuasa serta-merta dari tarikh surat ini ditandatangani.

DENGAN INI ADALAH DIAKUI bahawasnya, Kelab dan Syarikat bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ini pada………………….hb………………2009.

BAGI PEHAK,

KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

Mustaffa bin Rashid



Honorary Chairman



Kulim District Cottage Industry Entrepreneurial Club



Dan

BAGI PEHAK,

AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG-0203489-H)

Nor Haziq Hibatullah bin Hisamullah



Pengurus

Read more...

SENARAI JAWATAN KUASA



KLIK DI ATAS RAJAH UNTUK DIBESARKAN

Read more...

RANGKA KERJA KELAB

RANGKA KERJA KELAB


Blue Print Rangka Kerja Kelab Usahawan Industri Desa Daerah Kulim KUID

  1. Mengujudkan pengkalan data usahawan desa sedia ada, yang berpotensi memajukan diri dalam bidang keusahawanan dan juga usahawan desa yang kurang berkemampuan untuk terus maju kerana halangan-halangan tertentu melalui penyertaan dalam ‘Program Anak Angkat Mentor / Mentee Kelab Usahawan Industri Desa. Penyertaan melibatkan usahawan disetiap kampung / cawangan dalam daerah Kulim dengan harapan mengubah bentuk keusahawanan diluar bandar yang rata-ratanya industri asas tani dari hal keadaan usahawan minimal, tradisional dan konvensyenal kepada usahawan desa yang praktikal, produktif, komersial, profesional dan proaktif.

  1. Memantau peluang-peluang baru serta projek sediada dan projek-projek desa yang berpotensi bersesuaian dengan pasaran semasa dan akan datang untuk pasaran setempat, nasianal dan Asean untuk hasil / produk usahawan yang mampu diusahakan dan dikeluarkan peserta usahawan setempat.

  1. Pusat kaji-selidik serta pemantauan tanah-tanah terbiar / infrastruktur projek-projek desa yang terbengkalai atau terbiar milik peserta atau agensi kerajaan yang berkaitan dengan keusahawanan dan pertanian bagi dimajukan bersesuaian dengan projek-projek berpotensi yang dikenalpasti dan berpadanan.

  1. Memadankan usahawan-usahawan dengan projek-projek yang berpotensi dan bersesuaian dengan kemampuan dari segi modal, aset yang boleh dimajukan, kepakaran, dan keadaan sosial peserta selari dengan program-program Dasar Pertanian Negara.

  1. Menjadi pusat sumber dan rujukan peserta melalui pengumpulan maklumat tentang program, aktiviti, sokongan dari segi khidmat nasihat serta bantuan bekalan, peralatan, modal, pasaran yang disediakan oleh agensi-agensi atau jabatan dilantik kerajaan dan swasta yang boleh diakses peserta sebelum maupun setelah memulakan projek dalam menjadikan keusahawanan dalam industri desa industri kerjaya pilihan dan sesuatu yang praktikal.

  1. Bertindak sebagai katalis antara usahawan dan agensi dilantik kerajaan yang berkaitan dengan bidang keusahawanan dan industri asas tani bagi usahawan memulakan atau mengembangkan projek dan aktiviti melalui perkhidmatan dan khidmat nasihat yang disediakan kelab.

  1. Penganjuran kursus / latihan / seminar / taklimat bagi projek atau aktiviti terpilih untuk usahawan yang berminat dan memerlukan latihan bagi melahirkan usahawan desa yang komersial.

  1. Pengendalian, penganjuran juga penyertaan dalam ekspo, pameran, pemasaran hasil keluaran dan produk peserta diperingkat setempat, kebangsaan dan global untuk membantu memasarkan produk hasil keluaran peserta dalam melahirkan golongan usahawan desa yang glokal.

  1. Bertindak sebagai pusat pengumpulan hasil keluaran peserta program anak angkat bagi dipasarkan. Mengikut projek terpilih, pengeluaran hasil adalah mengikut keupayaan usahawan peserta individu dan pemasaran hasil adalah melalui kaedah berkelompok dan berpengurusan melalui kelab.

  1. Mengujudkan rangkaian peruncit-peruncit yang terdiri dari peserta usahawan sendiri disetiap kampung atau cawangan bagi memasarkan hasil produk usahawan untuk memastikan produk mudah diakses dimana-mana.

  1. Mewujudkan institusi pemprosesan hasil usahawan desa yang berasaskan industri asas tani yang mengaplikasikan maklumat, kaedah, teknologi dan penemuan terkini melalui rangkaian IT dan R&D bagi menjadikan produk-produk usahawan untuk mampu menikmati pulangan pendapatan yang lumayan apabila produk yang dihasilkan dapat dipasarkan dan diterima pakai diperingkat nasional khususnya dan serantau Asean dan global amnya. Praktikalitinya, hasil keluaran produk industri desa berasaskan pertanian hanya mampu menembusi pasaran setempat melalui jalinan kemampuan membekalkan produk yang berkualiti secara kuantiti dan berterusan serta kaedah pemasaran yang menepati citarasa masyarakat madani dan hadari pada hari ini.

  1. Menjadi penyumbang kepada kuantiti pengeluaran bahan mentah, produk halal dan produk kesihatan yang berasaskan hasil bahan pertanian dalam mencapai matlamat dan dasar kerajaan dalam industri pertanian menepati piawaian terkini seperti HALAL, GMP, HACCP untuk memudahkan laluan produk berasaskan asas tani keluaran industri desa diterima dan bersaing dipasaran terbuka.

Read more...

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP