LANTIKAN

SURAT PERJANJIAN

Antara

KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID,

Dan

AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG0203489-H)

Untuk

PERLANTIKAN SEBAGAI SYARIKAT LANTIKAN KELAB USAHAWAN DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

PERLANTIKAN SEBAGAI SYARIKAT YANG MENGENDALIKAN URUSNIAGA YANG BERKAITAN KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

SURAT PERJANJIAN ini adalah dibuat dan dipersetujui antara KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID (di sini disebut sebagai Kelab) dan AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG0202489-H) (di sini disebut sebagai Syarikat)

TERMA DAN SYARAT PERLANTIKAN

Sebagaimana dinyatakan Kelab ingin melantik sebuah syarikat untuk mengendalikan segala urusniaga bagi pihak Kelab dengan pelanggan dan vendor dilantik kelab, kelab telah bersetuju melantik syarikat menurut terma-terma berikut:

i. Sekurang-kurangnya 90% dari pemegang saham syarikat hendaklah terdiri dari ahli Kelab.

ii. Syarikat dilantik betanggungjawab sepenuhnya untuk mengendalikan segala urusniaga dan transaksi yang bersifat penjanaan ekonomi yang melibatkan kelab.

iii. Segala urusniaga dan transaksi adalah tertakluk dan menurut pada perjanjian yang telah dipersetujui antara Kelab dengan mana-mana pelanggan dan vendor Kelab.

iv. Syarikat akan beroperasi selaku pemborong dan pemasar kepada mana-mana syarikat induk yang akan ditubuhkan oleh ahli kelab bagi menjalankan kegiatan ekonomi masing-masing, samada untuk persendirian atau peserta anak angkat.

v. Syarikat akan bertindak sebagai syarikat induk atau payung dan bertanggungjawab memantau syarikat yang akan diwujudkan oleh mana-mana ahli kelab yang melibatkan aktiviti kelab.

vi. Segala perbelanjaan pengurusan urusniaga adalah dibawah tanggungan Syarikat.

vii. Syarikat hendaklah melantik sebuah Bank Pengurus untuk segala urusan transaksi antara syarikat dan kelab, antara syarikat dengan pelangan dan vendor yang dilantik kelab.

viii. Syarikat bertanggungjawab penuh atas segala urusan dokumentasi dan urusan mematuhi dan memenuhi segala syarat pihak berkuasa tempatan dan pihak berkuasa pelanggan.

ix. Syarikat bertanggungjawab membentangkan laporan pendapatan dan keuntungan selepas cukai (anggaran) pada Kelab pada setiap 1hb. setiap awal bulan atau pada hari Isnin pertama setiap awal bulan.

x. Syarikat bersetuju menyumbangkan 40% dari keuntungan selepas cukai Syarikat kepada Kelab setelah pembentangan akaun keuntungan diluluskan.

xi. SURAT PERJANJIAN dan PERLANTIKAN ini akan berkuatkuasa serta-merta dari tarikh surat ini ditandatangani.

DENGAN INI ADALAH DIAKUI bahawasnya, Kelab dan Syarikat bersetuju dengan terma dan syarat perjanjian ini pada………………….hb………………2009.

BAGI PEHAK,

KELAB USAHAWAN INDUSTRI DESA DAERAH KULIM (0890-05-2) KUID

Mustaffa bin Rashid



Honorary Chairman



Kulim District Cottage Industry Entrepreneurial Club



Dan

BAGI PEHAK,

AGRO ADVANCE ENTERPRISE (PG-0203489-H)

Nor Haziq Hibatullah bin Hisamullah



Pengurus

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP