Sekapur Sireh


Sekapur Sireh
Dalam kemelut dan krisis ekonomi global dan lokal pada hari ini, seperti krisis kenaikan harga minyak yang meruncing, kenaikan harga bahan mentah yang diproses khususnya beras serta kekurangan bekalan bahan makann asasi keluaran tempatan jelas merumitkan keadaan rakyat Malaysia. Yang lebih terjejas dan merasai bahana yang gasar merupakan penduduk yang berpendapatan rendah yang kebanyakannya terdiri dari penduduk luar bandar. Dalam keadaan begini, seakan-akan amat sukar untuk Negara untuk mencapai matlamatnya Wawasan 2020 apabila teras dalam Misi Nasioanal tidak tercapai meskipun berbagai program rancangan dijalankan melalui RMK yang bersilih berganti.
Keberkesanan Rancangan RMK seperti DPNK yang bermatlamatkan menaik tarafkan ekonomi penduduk berpendapatan rendah serta merapatkan jurang pendapatan antara penduduk luar bandar dan bandar seakan-akan omong kosong walaupun dasar yang digariskan adalah benar dan mulia. Walaupun banyak program yang berskala besar dilancarkan oleh kerajaan seperti DPNK, UNCHER, Koridor-koridor Utara / Selatan / Timur namun banyak dari Program tersebut tidak dapat disertai, dimanafaatkan dan hasilnya tidak dapat dinikmati oleh rakyat golongan (matlamat)sasaran yang memerlukan kerana adanya jurang antara penggaris dasar dan matlamat tersebut.
Atas isu ini, terpanggil oleh kami untuk menubuhkan Kelab Usahawan Industri Desa bagi mengisi memenuhkan jurang mengisi ruang kosong antara dasar dan matlamat tersebut. Bermatlamatkan merapatkan jurang antara agensi yang dilantik kerajaan dengan rakyat yang memerlukan agar segala program yang direncanakan kerajaan dapat dimanafaatkan serta memberi pulangan dalam meningkatkan ekonomi kepada rakyat rendah khususnya di luar bandar.
Bagi mencapai gagasan dan harapan tersebut, kelab telah merangka gerak kerja dasar yang Akan membantu menghubungkan alat kepada pengguna. Memudahkan akses matlamat kepada Dasar. Mempraktikalkan program dasar yang direncanakan agar dapat digunapakai dan dimanafaatkan rakyat.
Wassalam.
‘Menuju Wawasan Industri Desa Yang Lebih Proaktif’

0 comments:

About This Blog

Lorem Ipsum

  © Blogger templates Shiny by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP